Galeri Foto

Photo Gallery

JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA RAIH PENGIKTIRAFAN DALAM MAJLIS ANUGERAH PENARAFAN AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERAKAUNAN PTJ JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) BAGI TAHUN 2024

2 Oktober 2025

Putrajaya, 2 Oktober 2025 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) terus melakar kejayaan apabila tiga cawangannya iaitu MdI Kuching, MdI Kuantan dan MdI Sandakan telah menerima pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Penarafan Amalan Terbaik Pengurusan Perakaunan PTJ Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Tahun 2024.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara bertempat di Kompleks Setia Perdana, Jabatan Perdana Menteri.
Wakil Cawangan Penerima Anugerah:
• Puan Rafiah binti Mohd Noor – MdI Cawangan Kuantan
• Puan Tan Thuang Hoon – MdI Cawangan Kuching
• Puan Rasima binti Nasir – MdI Cawangan Sandakan
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen MdI dalam mengamalkan tadbir urus kewangan yang telus, efisien dan berintegriti. Ia juga diharap menjadi pemangkin semangat untuk seluruh warga MdI terus meningkatkan mutu pengurusan serta melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.