Galeri Foto
Photo Gallery
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK BIL. 3/2025 BAGI KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN PEMERBADANAN MDI
30 September 2025
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan suatu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bil. 3/2025 bagi Kajian Kebolehlaksanaan Pemerbadanan MdI pada 30 September 2025.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa Induk, Encik Mohamad Hafisol bin Yusoff selaku Pengarah Bahagian Dasar dan Perundangan MdI. Mesyuarat tersebut merupakan platform penting bagi sesi pembentangan Laporan Akhir oleh pihak penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr., RAMALINGGAM RAJAMANICKAM.
Mesyuarat ini telah berlangsung untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada ahli jawatankuasa sebelum laporan kajian ini dimuktamadkan.
Kerjasama strategik antara MdI dan UKM ini menunjukkan komitmen kedua-dua pihak dalam memastikan hasil kajian yang komprehensif dan telus.
Proses pemuktamadan kajian ini sedang giat dijalankan. Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha MdI untuk terus memperkasa kecekapan tadbir urus insolvensi dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

