Galeri Foto

Photo Gallery

MESYUARAT PERBINCANGAN POTENSI KERJASAMA STRATEGIK ANTARA JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) DAN GOVERNMENT-INDUSTRY TVET COORDINATION BODY (GITC)

14 Oktober 2025

PUTRAJAYA, 14 Oktober 2025 – Satu sesi perbincangan antara Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan Government-Industry TVET Coordination Body (GITC) telah diadakan di Ibu Pejabat MdI Putrajaya bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang pembangunan kemahiran dan pemulihan ekonomi.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohamad Hafisol bin Yusoff, Pengarah Bahagian Dasar dan Perundangan MdI, dan turut dihadiri oleh wakil daripada Bahagian Pembangunan Perniagaan GITC yang diketuai oleh Encik Khairul Affendy bin Mohamad Taher.
Perbincangan tertumpu kepada usaha memperkukuh kerjasama strategik antara MdI dan GITC, khususnya dalam memperkasa inisiatif TVET (Technical and Vocational Education and Training) bagi individu di bawah seliaan MdI. Antara cadangan yang dibincangkan termasuk pelaksanaan program rintis (pilot) yang melibatkan penyertaan rakan industri di bawah penyelarasan GITC.
Perbincangan ini turut menjadi platform bagi memperkukuh hubungan strategik antara agensi kerajaan dan industri ke arah memperluas peluang kemahiran serta sokongan pemulihan ekonomi berasaskan pendekatan Malaysia MADANI.


#jabataninsolvensimalaysia
#tvet
#malaysiaMADANI
#uuri