Galeri Foto

Photo Gallery

BENGKEL PEMANTAPAN PENGETAHUAN DAN CABARAN URUSAN PENDAFTARAN HAKMILIK BERSAMA AGENSI LHDN, JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA DAN MAJLIS PEGUAM

14-16 November 2025

Bahagian Pendaftaran Hakmilik, PPTGWPKL telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Pengetahuan dan Cabaran Urusan Pendaftaran Hakmilik bersama agensi LHDN, Jabatan Insolvensi Malaysia dan Majlis Peguam, berlangsung dari 14 hingga 16 November 2025 di Hotel Seri Malaysia, Melaka.
Antara pengisian utama bengkel ini ialah sesi ceramah berkaitan isu kebankrapan yang melibatkan pemilik hartanah. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Insolvensi Negeri MdI Kuala Lumpur, Puan Rahni Kartini binti Abdul Rahim, dengan kehadiran Encik Rozaini bin Rosley, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendaftaran.
Melalui bengkel ini, pegawai PPTGWPKL berpeluang memperkukuh kefahaman mengenai prosedur pendaftaran hakmilik yang berkait dengan kes kebankrapan selain memantapkan lagi kerjasama antara agensi terlibat.
Program ini turut menjadi platform penting untuk peserta bertukar pandangan, berkongsi isu serta mengetengahkan amalan terbaik dalam menangani urusan pemilikan hartanah secara lebih efisien dan berkesan
#MdIWPKL
#jabataninsolvensimalaysia
#MalaysiaMADANI
#uuri