Galeri Foto

Photo Gallery

SOROTAN KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH INSOLVENSI MALAYSIA KE ATAS TYT PULAU PINANG, TUN RAMLI NGAH TALIB

26 November 2025

𝗦𝗼𝗿𝗼𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗛𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝗻𝘀𝗼𝗹𝘃𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗧𝗬𝗧 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗧𝘂𝗻 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶 𝗡𝗴𝗮𝗵 𝗧𝗮𝗹𝗶𝗯
Pada 26 November 2025, YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, telah menghadap TYT Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib, bagi sesi kunjungan hormat di Pejabat TYT.
Dalam pertemuan tersebut, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah telah memberikan taklimat mengenai perkembangan pelaksanaan Program Peluang Kedua, termasuk impaknya dalam membantu individu berstatus bankrap membina semula kehidupan melalui bimbingan kewangan, pemantauan berstruktur serta akses sokongan sosioekonomi.
YBhg. Dato’ Ketua Pengarah turut berkongsi inisiatif bersepadu MdI yang dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, institusi kewangan dan NGO bagi memperluas capaian advokasi, pendidikan kewangan serta perkhidmatan kaunseling kepada masyarakat.
MdI amat menghargai sokongan dan pandangan TYT terhadap usaha memperkukuh kesedaran awam tentang pengurusan kewangan dan pencegahan risiko kebankrapan, selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.
#jabataninsolvensimalaysia
#uuri
#MalaysiaMADANI