Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)
Pengenalan
JPICT MdI ditubuhkan untuk menimbang dan meluluskan permohonan kelulusan teknikal projek ICT bagi perolehan sistem, rangkaian, perkakasan, perisian dan perkhidmatan ICT di MdI. JPICT juga berperanan untuk menyelaras dan memantau urusan pengoperasian pelaksanaan projek ICT Jabatan berdasarkan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP).
Semua bahagian di MdI dikehendaki mengemukakan cadangan projek ICT kepada JPICT MdI bagi mendapatkan kelulusan teknikal sebelum dilaksanakan.
Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) ialah jawatankuasa di peringkat Jabatan yang merancang, menyelaras, menilai, meluluskan dan memantau permohonan perolehan, pembangunan dan pelaksanaan projek ICT bagi Jabatan dan cawangan termasuk projek ICT yang dilaksanakan secara in-house.
Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) pula ialah jawatankuasa di peringkat Jabatan yang menilai dan mengesyorkan perakuan teknikal projek ICT serta melaporkan kemajuan pelaksanaan projek ICT kepada JPICT MdI.
Tujuan
Untuk memastikan bahawa perancangan dan pelaksanaan program ICT Jabatan dijalankan selaras dengan dasar ICT kerajaan.
Jadual Perancangan Mesyuarat JTICT dan JPICT TAHUN 2025
| Bil | Perkara | Tarikh Mesyuarat JTICT | Tarikh Mesyuarat JPICT | Tarikh Tutup Permohonan |
| 1 | Mesyuarat Bil. 1/2025 | 19 Disember 2025 | 6 Januari 2026 | 15 Disember 2025 |
Tempoh Permohonan
Permohonan kelulusan bagi projek ICT dibuka sepanjang tahun. Kertas yang diterima melewati tarikh akhir penghantaran kertas permohonan yang telah ditetapkan akan dibawa ke mesyuarat yang seterusnya. Format Kertas Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT >> Templat Slaid Permohonan JPICT MdI
Permohonan perlu dikemukakan kepada Urus Setia JPICT MdI melalui e-mel urusetia.jpict@mdi.gov.my
Rujukan
Maklumat Lanjut
| Bil | Nama | No telefon | Emel |
| 1 | Puan Nornadiah Binti Mohd Khalid | 03-8885 1084 | nornadiah.khalid@mdi.gov.my |
| 2 | Puan Suzyreen Binti Ahmad | 03-8885 1064 | suzyreen.ahmad@bheuu.gov.my |
| 3 | Puan Kavitha A/P Arumugan | 03-8885 1913 | kavitha.arumugan@bheuu.gov.my |
Urus Setia Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)
Bahagian Teknologi Maklumat
Jabatan Insolvensi Malaysia

