Galeri Foto

Photo Gallery

MESYUARAT BAHAGIAN MAHKAMAH DAN UNIT MAHKAMAH CAWANGAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA TAHUN 2025

26-28 November 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan Mesyuarat Bahagian Mahkamah dan Unit Mahkamah Cawangan Tahun 2025 pada 26 hingga 28 November 2025 yang lepas.
Mesyuarat ini menghimpunkan pegawai-pegawai dari Bahagian Mahkamah Ibu Pejabat dan Ketua Unit Mahkamah dari seluruh Malaysia.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Azwarnida binti Affandi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi , yang dalam ucapannya menekankan kepentingan penyeragaman tatacara pengendalian kes mahkamah serta pemerkasaan kompetensi pegawai bagi memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pembentangan laporan pencapaian prestasi tahun semasa, perbincangan Sasaran Kerja Tahunan 2026, serta perkongsian isu-isu operasi yang dihadapi oleh cawangan dalam mengendalikan kes-kes mahkamah, termasuk kes kebankrapan dan penggulungan syarikat.
Selain itu, platform ini turut menjadi medium perkongsian maklumat antara pegawai Ibu Pejabat dan pegawai cawangan bagi meningkatkan kemahiran, kefahaman tatacara, serta menyelaras tindakan operasi di seluruh cawangan.
#jabataninsolvensimalaysia #uuri #MalaysiaMADANI