Galeri Foto
Photo Gallery
MESYUARAT KOMPREHENSIF PERAKUAN BORANG BUKTI HUTANG (BBH) SIRI 2 BAHAGIAN KEBANKRAPAN, JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA
24-27 November 2025
Bahagian Kebankrapan, Ibu Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah menganjurkan Mesyuarat Komprehensif Perakuan Borang Bukti Hutang (BBH) Siri 2 pada 24 hingga 27 November yang lepas.
Mesyuarat ini menghimpunkan Pegawai-Pegawai Insolvensi dari Ibu Pejabat serta cawangan MdI seluruh Malaysia.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Azwarnida binti Affandi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi yang menekankan kepentingan penyeragaman proses kerja dalam memastikan ketelusan dan ketepatan perakuan BBH di setiap cawangan.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada beberapa objektif utama, antaranya:
• Menyelaraskan proses pengiraan dan tatacara perakuan BBH di seluruh cawangan.
• Membincangkan dan menangani isu-isu berbangkit berkaitan perakuan BBH.
• Merangka tatacara kerja yang seragam bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan tuntutan pemiutang.
• Memberi pendedahan kepada pegawai berkaitan kaedah perakuan BBH yang tepat dan mematuhi garis panduan jabatan.
• Sesi perbincangan serta ‘brainstorming’ bagi mencari penyelesaian efektif terhadap cabaran operasi di lapangan.
• Perkongsian pengalaman dan amalan terbaik daripada pegawai berpengalaman.
Mesyuarat ini berakhir dengan jayanya apabila pelbagai isu operasi dapat diselesaikan melalui perbincangan kolektif. Hasil sesi ini dijangka menjadi asas penting ke arah pengurusan BBH yang lebih cekap, seragam dan berintegriti di semua cawangan MdI.
#jabataninsolvensimalaysia #MalaysiaMADANI #uuri