Galeri Foto
Photo Gallery
LAWATAN KERJA RASMI KETUA PENGARAH INSOLVENSI KE MdI CAWANGAN TAWAU
11 Disember 2025
11 Disember 2025, YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Tawau.
Ketibaan YBhg. Dato’ Ketua Pengarah disambut oleh Puan Fatin Hanani binti Parmin, Ketua Cawangan MdI Tawau, sebelum meneruskan rangka lawatan dan tinjauan rasmi di cawangan.
Lawatan ini memberi tumpuan kepada amanat Ketua Pengarah berkaitan hala tuju jabatan, khususnya penekanan terhadap pendigitalan perkhidmatan, pengukuhan Dasar Peluang Kedua, serta usaha berterusan untuk mempertingkat keberkesanan operasi MdI di peringkat cawangan.
YBhg. Dato’ Ketua Pengarah turut meninjau ruang kerja pejabat bagi memahami keperluan semasa dan keadaan operasi harian cawangan.
Seterusnya, sesi pembentangan operasi oleh setiap unit telah diadakan meliputi pencapaian, cabaran serta cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
#MdITawau
#JabatanInsolvensiMalaysia
#UURI
#MalaysiaMADANI