Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM LITERASI KEWANGAN PERINGKAT IPTA/IPTS ANJURAN JABATAN INSOLVENSI NEGERI JOHOR

10 Disember 2025

Jabatan Insolvensi Negeri Johor telah menganjurkan Program Literasi Kewangan Peringkat IPTA/IPTS bertempat di Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Bandar Penawar pada 10 Disember 2025.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia. Turut hadir Cik Fadhilah binti Ahmad, Pengarah ILKBS Bandar Penawar.
Program bertemakan “Menggapai Pelangi” ini telah disertai seramai 346 orang peserta, melibatkan pelajar daripada ILKBS Bandar Penawar, Kolej Profesional MARA Bandar Penawar dan Kolej Komuniti Bandar Penawar.
Pengisian utama program ialah sesi forum literasi kewangan yang telah dikendalikan oleh Puan Aminah binti Mohd Jesa dari Jabatan Insolvensi Negeri Johor selaku moderator.
Sesi forum menampilkan barisan panel seperti berikut:
• Puan Fadilah Wati binti Kamis, Pegawai Kanan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK Johor)
• Tuan Roslizi bin Sulaiman, Timbalan Pengarah, Bahagian Kebankrapan, Jabatan Insolvensi Malaysia
• Seorang bekas individu bankrap, yang berkongsi pengalaman sebenar sebagai pengajaran dan kesedaran kepada para peserta
Perbincangan forum memberi tumpuan kepada pengurusan kewangan berhemah, pencegahan kebankrapan serta kepentingan membuat perancangan kewangan yang mampan dalam kalangan belia dan pelajar.
Program ini turut disokong oleh agensi rakan strategik melalui pembukaan reruai perkhidmatan melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Jabatan Insolvensi Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Sharifah Maleeha binti Syed Hussin, Pengarah Insolvensi Negeri Johor, Puan Intan Idzadja Hidayah binti Ab. Hafidz, Ketua Cawangan MdI Muar, serta seluruh barisan urus setia.
Penghargaan turut dizahirkan kepada Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Bandar Penawar atas kesudian bekerjasama dan memberikan sokongan penuh sehingga program ini berjaya dilaksanakan dengan lancar.
#MdIJohor
#jabataninsolvensimalaysia
#LiterasikewanganMdI
#uuri
#MalaysiaMadani