Galeri Foto

Photo Gallery

PENYERAHAN SIJIL PELEPASAN KETUA PENGARAH INSOLVENSI (KPI) DI BAWAH PROGRAM MDI PRIHATIN

5 Disember 2025

Pada 5 Disember 2025, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan ke kediaman seorang individu bankrap bagi menyerahkan Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) di bawah Program MdI Prihatin.
Individu berkenaan merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dan telah menghidap penyakit strok sejak 23 tahun yang lalu.
Penyerahan sijil tersebut telah disempurnakan oleh Puan Rahni Kartini binti Abd Rahim, Pengarah Insolvensi Negeri, bersama Puan Sanifah binti Md Afandi, Pegawai Insolvensi Kanan I.
Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan MdI dapat disampaikan secara bersemuka kepada individu yang menghadapi kekangan kesihatan dan mobiliti. Jabatan Insolvensi Malaysia berharap agar penyerahan sijil pelepasan ini dapat memberi kemudahan serta membuka ruang kepada individu berkenaan untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.
#jabataninsolvensimalaysia
#MdIWPKL
#MdIPrihatin
#uuri
#MalaysiaMADANI