Galeri Foto
Photo Gallery
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP KAMPUNG ANGKAT MADANI (KAM) DAN SEKOLAH ANGKAT MADANI (SAM) JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA TAHUN 2025
18 Disember 2025
18 Disember 2025 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Projek Siap Kampung Angkat Madani (KAM) dan Sekolah Angkat Madani (SAM) bertempat di Dewan Terbuka SMKA Nurul Ittifaq, Besut, Terengganu.
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia. Turut hadir ialah YBhg. Datuk M. Bakri Abd Majid, mantan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Jabatan Insolvensi Malaysia dalam menyokong agenda pembangunan komuniti dan pendidikan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Majlis penyerahan melibatkan Projek Siap Kampung Angkat Madani (KAM) yang merangkumi beberapa projek kemudahan awam di Daerah Besut, antaranya naik taraf balai raya, naik taraf gelanggang futsal, pemasangan lampu limpah, pembinaan longkang serta pembinaan mercu tanda Kuala Besut.
Selain itu, Projek Siap Sekolah Angkat Madani (SAM) turut diserahkan melibatkan kerja-kerja naik taraf kemudahan di SMKA Nurul Ittifaq, termasuk naik taraf dewan terbuka, gelanggang permainan, sistem paip surau dan bilik APD. Majlis turut disempurnakan dengan peluncuran gimik perasmian Sekolah Angkat Madani oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia.
Dalam majlis yang sama, Jabatan Insolvensi Malaysia turut menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada pelajar asnaf SMKA Nurul Ittifaq sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap kebajikan pelajar.
Secara keseluruhannya, penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen Jabatan Insolvensi Malaysia dalam memperkukuh kesejahteraan komuniti serta menyokong pembangunan pendidikan melalui pendekatan berteraskan nilai ihsan dan tanggungjawab sosial.
Jabatan Insolvensi Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, termasuk rakan strategik, agensi pelaksana, pihak sekolah, urus setia serta komuniti setempat atas kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan majlis ini.
#jabataninsolvensimalaysia
#uuri
#MalaysiaMADANI