Galeri Foto
Photo Gallery
LAWATAN KERJA RASMI KETUA PENGARAH INSOLVENSI KE JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) CAWANGAN MIRI
22 Disember 2025
22 Disember 2025, YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Miri.
Ketibaan YBhg. Dato’ Ketua Pengarah disambut oleh Puan Nur Syairah binti Rosman, Ketua Cawangan MdI Miri, sebelum meneruskan agenda lawatan kerja di cawangan berkenaan.
Lawatan ini bertujuan menyampaikan amanat Ketua Pengarah berhubung hala tuju jabatan, dengan penekanan terhadap pelaksanaan pendigitalan perkhidmatan, penghayatan Dasar Peluang Kedua serta usaha meningkatkan kecekapan pengurusan operasi di peringkat cawangan.
YBhg. Dato’ Ketua Pengarah turut meninjau ruang kerja pejabat serta bilik fail bagi melihat pengurusan rekod dan keadaan operasi semasa. Seterusnya, pembentangan operasi dan pentadbiran cawangan oleh Ketua Cawangan telah diadakan merangkumi pencapaian semasa, cabaran pelaksanaan serta cadangan penambahbaikan.
Selepas sesi pembentangan, satu mesyuarat susulan telah diadakan bagi membincangkan kes-kes likuidasi yang mempunyai isu berbangkit, termasuk langkah-langkah penyelesaian dan tindakan yang perlu diambil di peringkat cawangan.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Tuan Mohamad Hafisol bin Yusoff, Pengarah Insolvensi, Bahagian Dasar dan Perundangan, serta Puan Zulaaikha binti Mohd Apandi, Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah Insolvensi.
#MdIMiri
#JabatanInsolvensiMalaysia
#UURI
#MalaysiaMADANI