Galeri Foto
Photo Gallery
PROGRAM LITERASI KEWANGAN PERINGKAT IPTA/IPTS ANJURAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) ZON UTARA
15 Januari 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Zon Utara telah menganjurkan Program Literasi Kewangan Peringkat IPTA/IPTS bertempat di The Light Hotel, Pulau Pinang pada 15 Januari 2026 (Khamis).
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia.
Pengisian utama program ialah sesi forum bertajuk “Young, Wise and Win” yang menampilkan barisan panel daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) serta Cikgu Kewangan ( Ieza Yusof). Sesi forum ini telah dikendalikan oleh Tuan Mohamad Hafisol bin Yusoff, Pengarah Insolvensi MdI Ibu Pejabat.
Sesi forum ini memberi pendedahan dan perkongsian berkaitan pengurusan kewangan berhemah, perancangan kewangan awal serta kesedaran terhadap risiko keberhutangan dalam kalangan golongan muda, khususnya mahasiswa.
Program ini telah disertai oleh kira-kira 400 orang peserta yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi antaranya Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMaP), ILKKM Sultan Azlan Shah, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kedah, Kolej Matrikulasi serta Politeknik Pulau Pinang.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Jabatan Insolvensi Malaysia Zon Utara dalam memperkukuh literasi kewangan dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS, sejajar dengan usaha pencegahan kebankrapan melalui pendekatan pendidikan dan kesedaran awal.
Jabatan Insolvensi Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Insolvensi Negeri, Ketua-Ketua Cawangan MdI Zon Utara serta barisan urus setia atas komitmen dan kerjasama padu dalam memastikan kelancaran penganjuran program ini.
#jabataninsolvensimalaysia
#literasikewangan
#MalaysiaMADANI