Galeri Foto

Photo Gallery

SESI KUNJUNGAN HORMAT MDI CAWANGAN KUANTAN, PAHANG KE SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) NEGERI PAHANG

19 Januari 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kuantan, Pahang telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Pahang bagi memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi pada 19 Januari 2026.
Delegasi MdI Cawangan Kuantan, Pahang telah diketuai oleh Puan Haryati Binti Abdullah, Pengarah Insolvensi Negeri (PIN) bersama Puan Nur Najwa Aqilah Binti Khairul Anuar, Penolong Pengarah Insolvensi, serta beberapa pegawai kanan jabatan termasuk wakil Unit Penyiasatan dan Penguatkuasaan, Unit Likuidasi dan Unit Komunikasi Korporat.
Sesi kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan dua hala, di samping menjadi platform pertukaran pandangan serta perbincangan berhubung potensi kerjasama antara MdI dan SSM khususnya dalam aspek perkongsian maklumat, penyelarasan tugas serta pengurusan kes melibatkan entiti perniagaan.
#MdIKuantan
#jabataninsolvensimalaysia
#kunjunganhormatMdI