Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM SARINGAN AIR KENCING DI JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA NEGERI SELANGOR DENGAN KERJASAMA AGENSI ANTIDADAH NEGERI SELANGOR (AADK NEGERI SELANGOR)

23 Januari 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Selangor telah melaksanakan Program Saringan Air Kencing dengan kerjasama Agensi Antidadah Negeri Selangor (AADK Negeri Selangor) bertempat di Jabatan Insolvensi Negeri Selangor pada 23 Januari 2026.
Program ini melibatkan semua pegawai dan kakitangan MdI Negeri Selangor, termasuk pekerja sambilan MySTEP, dan dilaksanakan sebagai langkah pencegahan awal bagi memastikan warga kerja jabatan bebas daripada penyalahgunaan bahan terlarang.
Program ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Sufian Hassan, Pengarah Unit Integriti Jabatan Insolvensi Malaysia (Ibu Pejabat). Pelaksanaannya adalah selaras dengan usaha jabatan untuk memelihara integriti, disiplin serta kualiti perkhidmatan, di samping menyokong persekitaran kerja yang sihat dan selamat.
Jabatan Insolvensi Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan agensi berkaitan dalam melaksanakan inisiatif pencegahan secara berterusan demi memastikan tadbir urus jabatan berada pada tahap terbaik.
#jabataninsolvensimalaysia
#MdISelangor
#AADK