Galeri Foto
Photo Gallery
MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH NEGERI (SDM) BIL. 4 TAHUN 2025
28-31 Januari 2026
Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri (SDM) Bil. 4 Tahun 2025 telah diadakan pada 28 hingga 31 Januari 2026, melibatkan Pengarah-Pengarah Insolvensi Negeri dan Pegawai Kanan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI).
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Insolvensi ini memberi tumpuan kepada pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Suku Keempat Tahun 2025, selain perbincangan berkaitan isu pengurusan dan pentadbiran Jabatan.
Perbincangan mesyuarat turut merangkumi hal-hal lain dan isu-isu berbangkit yang dikemukakan oleh peserta mesyuarat, khususnya berkaitan penambahbaikan pelaksanaan tugas, penyelarasan tindakan serta penyelesaian perkara operasi di peringkat Bahagian dan Cawangan.
Â

