Galeri Foto

Photo Gallery

MDI - FINAS BINCANG JALINAN KERJASAMA STRATEGIK SOKONG DASAR PELUANG KEDUA & LITERASI INDUSTRI KREATIF

27 Januari 2026

27 Januari 2026 | Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi membincangkan cadangan jalinan kerjasama strategik melalui satu persefahaman antara kedua-dua agensi.
Sesi perbincangan ini memfokuskan kepada beberapa cadangan utama, antaranya penerusan pelaksanaan Projek Dasar Peluang Kedua, penganjuran program literasi kewangan khusus kepada penggiat industri kreatif, serta pelaksanaan program-program anjuran MdI dengan sokongan FINAS.
Perbincangan tersebut bertujuan meneroka potensi kerjasama yang lebih tersusun dan berimpak, khususnya dalam memperluas capaian Dasar Peluang Kedua kepada industri kreatif serta meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman berkaitan pengurusan kewangan dan insolvensi dalam kalangan penggiat seni dan kreatif.
MdI dalam sesi tersebut diwakili oleh:
• YBhg. Dato’ Ishak Bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi, Jabatan Insolvensi Malaysia
• YBrs. Puan Zuraidah Binti Zakaria, Pengarah Insolvensi Bahagian Kebankrapan
• Puan Zulaaikha Binti Mohd Apandi, Pegawai Khas (Urusan Hal Ehwal Likuidasi)
• Encik Romzan Bin Bujang, Pegawai Khas (Urusan Hal Ehwal Kebankrapan)
Manakala FINAS pula diwakili oleh:
• Dato’ Hans Isaac, Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
• Puan Fatin Hanum Binti Abdul Hadi, Penasihat Undang-Undang, FINAS
• Encik Muhammad Mazhar Bin Kadir, Pegawai Khas kepada Pengerusi FINAS
• Encik Hazmin Bin Mohamad Husin, Penolong Pegawai Penguatkuasa (Tinggi), FINAS