Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT MDI CAWANGAN KUANTAN KE JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC), PEJABAT PENDAKWAAN NEGERI PAHANG

11 Februari 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kuantan, Pahang telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Peguam Negara (AGC), Pejabat Pendakwaan Negeri Pahang pada 11 Februari 2026.
Kunjungan ini diketuai oleh Puan Haryati binti Abdullah, Pengarah Insolvensi Negeri Pahang bersama beberapa pegawai MdI, antaranya Encik Loqman bin Azmi, Ketua Unit Kebankrapan dan Encik Mohd Saiful Nezam bin Othman, Ketua Unit Penyiasatan & Penguatkuasaan, serta Nur Farahanim binti Jamsari, Pegawai Unit Komunikasi Korporat.
Tujuan kunjungan ini adalah untuk membincangkan dan memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua agensi, khususnya dalam pelaksanaan agenda penguatkuasaan serta pengendalian kes-kes pendakwaan di bawah Akta Insolvensi 1967 [Akta 360].