Galeri Foto
Photo Gallery
PROGRAM LATIHAN BERSAMA RKN & CO
12 Februari 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah dijemput untuk menghadiri sesi latihan bersama pelikuidasi swasta yang dianjurkan oleh RKN & Co. di Kuala Lumpur Convention Centre pada 12 Februari 2026.
Program ini memberi pendedahan mengenai peranan dan kuasa pelikuidasi, proses penggulungan syarikat, pelantikan pelikuidasi interim, pelantikan Special Manager, serta isu-isu berkaitan pengurusan kes penggulungan. Sesi ini telah dikendalikan oleh YBhg. Dato’ Raveendra Kumar Nathan, Pengarah Urusan RKN & Co.
Selain itu, turut disampaikan pembentangan mengenai The Cross-Border Insolvency Bill and the Proposed Order 88A oleh Encik Lee Shih.
Turut hadir ke program ini ialah YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia.
Jabatan Insolvensi Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak RKN & Co. atas penganjuran program ini.

