Galeri Foto
Photo Gallery
PROGRAM MDI CONNECT – OUTREACH & ENGAGEMENT DAY
12 Februari 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Johor telah melaksanakan Program MdI Connect – Outreach & Engagement Day pada 12 Februari 2026 bertempat di Sekolah Kebangsaan Batu 36, Pekan Nenas, Pontian.
Program ini diadakan bertujuan meningkatkan kefahaman warga pendidik mengenai isu kebankrapan serta peranan dan perkhidmatan Jabatan Insolvensi Malaysia. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Noor Syafika binti Zubaidi, Pegawai Insolvensi Negeri Johor.
Seramai 31 orang guru telah menyertai program ini. Antara pengisian utama ceramah merangkumi definisi kebankrapan, implikasi kebankrapan kepada penjawat awam, Dasar Peluang Kedua, peranan MdI serta usaha meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat terhadap isu kebankrapan.
Program seumpama ini diharap dapat membantu membetulkan persepsi negatif terhadap kebankrapan serta meningkatkan kesedaran awal dalam kalangan penjawat awam mengenai pengurusan kewangan dan implikasi undang-undang berkaitan.

