Galeri Foto

Photo Gallery

MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM DASAR PELUANG KEDUA-PELEPASAN FAST TRACK 2026

16 Februari 2026

Putrajaya, 16 Februari 2026 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah melancarkan Program Dasar Peluang Kedua – Pelepasan Fast Track yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) di Dewan Saksama, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Putrajaya.
Program ini bertujuan mempercepatkan proses pelepasan kebankrapan bagi empat (4) golongan sasaran, iaitu ibu/bapa tunggal, peminjam perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), mangsa penipuan (scam) serta pembeli rumah projek terbengkalai.
Permohonan pelepasan Fast Track boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal e-Insolvensi Jabatan Insolvensi Malaysia bagi memudahkan urusan tanpa perlu hadir ke cawangan.
Majlis ini turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Insolvensi Malaysia dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Zamri bin Misman, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, serta Ketua-Ketua Jabatan di bawah Agensi Undang-Undang dan Reformasi Institusi, di samping wakil agensi Kerajaan Persekutuan, agensi swasta dan badan berkanun.
Maklumat lanjut mengenai inisiatif ini boleh diperoleh melalui saluran rasmi Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI).