Galeri Foto
Photo Gallery
JELAJAH PENGERANG INSOLVENSI JOHOR BAHRU - BANTUAN KASIH INSOLVENSI DI KAMPUNG LEPAU, KOTA TINGGI, JOHOR
3 Mac 2026
3 Mac 2026-Program Jelajah Pengerang Insolvensi Johor Bahru kali ini meneruskan pelaksanaan Program Bantuan Kasih Insolvensi di Kampung Lepau, Kota Tinggi, Johor.
Program ini mencerminkan komitmen pihak jabatan dalam mendekati masyarakat luar bandar serta memastikan golongan terkesan yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, pesakit kronik dan orang kurang upaya (OKU) mendapat perhatian dan sokongan sewajarnya.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah penyampaian sumbangan kotak makanan kepada penerima-penerima terpilih bagi membantu meringankan beban keperluan harian mereka yang sedang berdepan dengan kesulitan hidup.
Pengarah Insolvensi Johor, Puan Sharifah Maleeha binti Syed Hussin, telah hadir bersama Pengurus Pusat Khidmat Parlimen Pengerang, Tn. Haji Mohd Syahrin bin Hj Rosmin; Ketua Kampung Kg Lepau, Encik Mazlan bin Md Tahir serta Bendahari JPKK Kg Lepau, Encik Mohammad Suhaimi bin Suparman bagi menyampaikan sendiri sumbangan kotak makanan kepada para penerima.
Diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan kesulitan yang dialami serta memberi semangat kepada para penerima untuk terus menghadapi cabaran hidup.

