Galeri Foto

Photo Gallery

SESI LIBAT URUS - KUNJUNGAN HORMAT JABATAN INSOLVENSI NEGERI JOHOR KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

4 Mac 2026

Satu kunjungan hormat dan sesi libat urus antara Jabatan Insolvensi Negeri Johor dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah diadakan pada 4 Mac 2026 bagi mengeratkan kerjasama antara kedua-dua agensi.
Sesi ini bertujuan memantapkan perkongsian maklumat berkaitan pentadbiran kes kebankrapan, meningkatkan keberkesanan proses penyiasatan dan penguatkuasaan serta memudahkan urusan yang melibatkan penjawat awam khususnya dalam kalangan warga pendidik atau guru.
Selain itu, pertemuan ini turut menjadi platform bagi menyelaras mekanisme koordinasi antara agensi agar tindakan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan teratur.
Kunjungan tersebut telah dihadiri oleh Puan Sharifah Maleeha binti Syed Hussin, Pengarah Insolvensi Negeri Johor bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan Insolvensi Negeri Johor dan telah disantuni oleh Encik Muhamad Ali bin Harun, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Melalui sesi libat urus ini, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan serta berkongsi maklumat berkaitan isu-isu pengurusan kes kebankrapan yang melibatkan penjawat awam bagi memastikan urusan pentadbiran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Â