Galeri Foto

Photo Gallery

JEMPUTAN CERAMAH SEMPENA PROGRAM WACANA ILMU SIRI 1 TAHUN 2026 : LITERASI KEWANGAN [JABATAN INSOLVENSI NEGERI JOHOR]

4 Mac 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Johor Bahru telah menerima jemputan untuk menyampaikan ceramah sempena Program Wacana Ilmu Siri 1 Tahun 2026: Literasi Kewangan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang berlangsung di Dewan Seminar Aras 6, Jabatan Pendidikan Negeri Johor pada 4 Mac 2026.
Ceramah bertajuk “Bankrap? Apa Nak Buat?” telah disampaikan oleh Puan Siti Laila binti Mohd Saibon, Ketua Unit Kebankrapan MdI Johor Bahru bagi memberikan penerangan kepada penjawat awam mengenai pengurusan kebankrapan serta peranan Jabatan Insolvensi Malaysia.
Turut hadir ialah Puan Sharifah Maleeha binti Syed Hussin, Pengarah Insolvensi Negeri Johor. Program ini turut disantuni oleh Encik Muhamad Ali bin Harun, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Sektor Pengurusan Sekolah.
Program ini melibatkan penyertaan kira-kira 50 orang penjawat awam dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor.