Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM MDI PRIHATIN ANJURAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) NEGERI SELANGOR SANTUNI ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL

13 Mac 2026

13 Mac 2026 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Selangor telah menganjurkan Program MdI Prihatin yang menyantuni golongan memerlukan khususnya anak yatim dan ibu tunggal di Sekolah Rendah dan Menengah Islam Institut Taufiq Islami, Jalan Kebun, Shah Alam.
Program yang diadakan bersempena bulan Ramadan ini turut diisi dengan aktiviti Semarak Ramadan bersama anak-anak yatim dan ibu tunggal yang diraikan. Seramai 50 orang anak yatim dan 20 orang ibu tunggal telah menerima sumbangan dalam usaha membantu meringankan beban mereka serta menyemarakkan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri serta Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi (Pengurusan), YBhg. Dato’ Che Sukri bin Che Mat yang bersama-sama menyantuni anak-anak yatim dan ibu tunggal yang hadir.
MdI turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan strategik yang telah hadir serta memberikan sumbangan bantuan kepada anak-anak yatim dalam menjayakan program ini.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen MdI dalam menyantuni masyarakat serta menyebarkan maklumat mengenai inisiatif kerajaan yang memberi harapan dan peluang baharu kepada golongan yang memerlukan untuk bangkit semula dalam kehidupan.
Â