Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM) NEGERI JOHOR KE ATAS JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA NEGERI JOHOR
13 Mac 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Johor telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor dalam satu sesi libat urus yang berlangsung di pejabat MdI Negeri Johor pada 13 Mac 2026.
Sesi ini melibatkan kehadiran Pengarah Insolvensi Negeri Johor, Puan Sharifah Maleeha binti Syed Hussin bersama pegawai kanan Jabatan. Delegasi JKDM Negeri Johor pula diketuai oleh Encik Aminul Izmeer bin Mohd Sohaimi, Pengarah Kastam Negeri Johor, serta pegawai kanan dari Bahagian Penguatkuasaan dan Komunikasi Korporat.
Libat urus ini diadakan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan. Kunjungan ini bertujuan membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan kes, perkongsian maklumat serta memperkukuhkan koordinasi dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Melalui sesi libat urus ini, kedua-dua pihak berpeluang bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam aspek tadbir urus, pematuhan undang-undang dan penyelesaian isu-isu berkaitan kes yang melibatkan kepentingan bersama.
Selain itu, pertemuan ini juga diharap dapat memperkukuhkan jaringan kerjasama antara kedua-dua agensi, sekali gus meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

