Galeri Foto

Photo Gallery

SESI TAKLIMAT BERHUBUNG HASIL KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN PEMERBADANAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI)

27 Mac 2026

27 Mac 2026 (Jumaat) – Sesi Taklimat Berhubung Hasil Kajian Kebolehlaksanaan Pemerbadanan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) sebagai sebuah Badan Berkanun telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 10, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU).
Sesi taklimat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi, serta turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Zamri bin Misman, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), bersama Ahli Jawatankuasa Induk Kajian Kebolehlaksanaan Pemerbadanan, penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta wakil BHEUU.
Perbincangan telah memberi tumpuan kepada pembentangan dapatan kajian, penelitian aspek strategik serta pertimbangan hala tuju ke arah pemerkasaan MdI sebagai sebuah badan berkanun yang lebih dinamik dan berdaya saing.
Semoga segala usaha ini dapat menyokong penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan MdI demi kepentingan rakyat dan negara.