Galeri Foto

Photo Gallery

LAWATAN KORPORAT JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA KE MEDIA PRIMA BERHAD

1 APRIL 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan lawatan korporat ke Media Prima Berhad di Balai Berita, Bangsar pada 1 April 2026.
Lawatan ini bertujuan meninjau operasi organisasi media serta mendapatkan pendedahan secara lebih dekat mengenai pengurusan kandungan berita yang dilaksanakan merentasi pelbagai platform digital dan konvensional.
Delegasi MdI telah disantuni barisan pengurusan tertinggi Media Prima yang diketuai oleh Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima merangkap Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Abdul Karim.
Turut hadir, Ketua Pengarah Insolvensi, YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri ,yang mengetuai delegasi MdI.
Hadir sama Ketua Pegawai Operasi The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Luqman Adrine Jaafar; Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa (NCA) Rangkaian Televisyen MPB, Azhari Muhidin serta Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), Zulkifli Jalil.
Sepanjang lawatan, MdI turut diberikan pendedahan mengenai evolusi bilik berita moden termasuk pendekatan penyampaian maklumat yang lebih pantas dan bersepadu melalui pelbagai saluran media.
Lawatan ini membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta memahami dengan lebih jelas peranan media dalam menyampaikan maklumat yang tepat, cepat dan berkesan kepada masyarakat.
Â