Galeri Foto

Photo Gallery

MESYUARAT PELAN STRATEGIK HALA TUJU JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA NEGERI KELANTAN

14-16 APRIL 2026

Mesyuarat Pelan Strategik Hala Tuju Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Kelantan telah diadakan pada 14 hingga 16 April 2026. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi. 
Mesyuarat ini memberi penekanan kepada pelaksanaan Dasar Peluang Kedua – Pelepasan “Fast Track” (DPK 3.0) serta perbincangan berkaitan isu dan cabaran semasa, termasuk kekangan sumber, isu operasi dan pengurusan, serta maklum balas pelanggan dan pihak berkepentingan. 
Selain itu, turut dibentangkan taklimat berkaitan penghasilan aset insolvensi bagi mempertingkat kecekapan pengurusan dan pelaksanaan penghasilan aset. 
Secara keseluruhannya, mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hala tuju jabatan serta memastikan penyampaian perkhidmatan dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.