Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG KE JABATAN KETUA KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (JKPTG) PULAU PINANG
14 APRIL 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Negeri Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Pulau Pinang di Wisma Persekutuan, Kepala Batas pada 14 April 2026.
Delegasi MdI Pulau Pinang telah diketuai oleh Puan Siti Hafiza binti Jaafar, Pengarah Insolvensi Negeri Pulau Pinang, bersama pegawai-pegawai jabatan. Delegasi ini telah disantuni oleh Encik Hakmal Effendi bin Ishak, Pengarah JKPTG Pulau Pinang, bersama pegawai kanan jabatan tersebut.
Kunjungan ini bertujuan membincangkan potensi kerjasama antara kedua-dua agensi khususnya dalam aspek pembahagian harta pusaka yang melibatkan individu bankrap. Sesi ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan serta memperkemas penyelarasan urusan antara agensi.
Pertemuan ini diharap dapat meningkatkan kecekapan pengurusan kes serta memperlancar penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Â

