Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN BANTUAN GUAMAN NEGERI JOHOR KE JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA NEGERI JOHOR
14 APRIL 2026
Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Johor sebagai usaha mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua agensi.
Delegasi Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor telah diketuai oleh Puan Aidatul Azura binti Zainal Abidin, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor, dan telah disantuni oleh Puan Sharifah Maleeha binti Syed Hussin, Pengarah Insolvensi Negeri Johor bersama pegawai kanan jabatan.
Sesi ini bertujuan membincangkan perkara berkaitan perkhidmatan bantuan guaman khususnya melibatkan kes kebankrapan, di samping meningkatkan kefahaman terhadap prosedur dan peranan setiap jabatan dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Selain itu, pertemuan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan serta mengenal pasti penambahbaikan dalam pengurusan kes dan penyelarasan antara agensi.
Kunjungan ini diharap dapat meningkatkan kecekapan pelaksanaan tugas serta memberi manfaat yang lebih menyeluruh kepada masyarakat.

