Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA NEGERI PERAK KE PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI PERAK

14 APRIL 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Perak telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak pada 14 April 2026.
Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh Tuan Mohd Mukhzany Fariz bin Mohd Mokhtar, Pengarah Insolvensi Bahagian Likuidasi (Ibu Pejabat), bersama Puan Adibah binti Abdul Kadir, Pengarah Insolvensi Negeri Perak, serta pegawai-pegawai kanan jabatan.
Delegasi MdI telah disambut oleh YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak di samping bertukar pandangan berkaitan aspek perundangan dan pentadbiran bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.
Selain itu, pertemuan ini turut menjadi platform dalam menyelaras pendekatan kerja antara agensi serta mempertingkatkan kefahaman bersama terhadap aspek tadbir urus dan pematuhan perundangan.
Â