Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT MDI NEGERI PAHANG KE PEJABAT PENGARAH MAHKAMAH NEGERI PAHANG
23 APRIL 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Pahang telah mengadakan satu sesi kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Mahkamah Negeri Pahang, Kompleks Mahkamah Kuantan baru-baru ini.
Kunjungan tersebut merupakan inisiatif bagi memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi tersebut.
Delegasi MdI Negeri Pahang telah diketuai oleh Puan Haryati binti Abdullah, Pengarah Insolvensi Negeri Pahang, bersama barisan pegawai kanan jabatan.
Ketibaan delegasi tersebut telah disambut mesra oleh Tuan Harmi Thamri bin Mohamad @ Shaharudin, Pengarah Negeri, Pejabat Mahkamah Negeri Pahang.
Selain bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama sedia ada, kunjungan ini juga menjadi platform pertukaran pandangan berhubung pengurusan kes kebankrapan serta urusan mahkamah. Inisiatif ini diharap dapat mewujudkan penyelarasan yang lebih efektif antara kedua-dua pihak, sekali gus memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada rakyat.

