Galeri Foto

Photo Gallery

TAKLIMAT KEBANKRAPAN OLEH MDI SIBU DI PERKESO SIBU

28 APRIL 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Sibu telah memenuhi jemputan bagi menyampaikan taklimat pengurusan kebankrapan kepada kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sibu. Sesi yang berlangsung dengan jayanya ini menampilkan Puan Suria binti Senen, Ketua Cawangan MdI Sibu, sebagai penceramah.
​Taklimat yang bertajuk “Kebankrapan dan Kesan Kebankrapan Terhadap Individu” ini dihadiri oleh seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan PERKESO.
Intipati perkongsian ini memfokuskan kepada pendedahan mengenai peranan hakiki MdI serta memberikan pemahaman mendalam tentang implikasi undang-undang dan sosial sekiranya seseorang individu diisytiharkan bankrap. Selain itu, para peserta turut ditekankan tentang kepentingan mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemah bagi mengelakkan krisis hutang yang serius.
​Melalui penganjuran program ini, MdI Sibu berharap tahap kesedaran dalam kalangan penjawat awam dan kakitangan agensi kerajaan dapat dipertingkatkan.