Galeri Foto

Photo Gallery

TAKLIMAT KEBANKRAPAN SEMPENA PROGRAM LDP PDRM KONTINJEN SABAH

28 APRIL 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kota Kinabalu telah memenuhi jemputan bagi menyampaikan taklimat dalam Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada 28 April 2026.
​Sesi taklimat yang berlangsung di Dewan Serbaguna IPD Kota Kinabalu tersebut telah disampaikan oleh Encik Rezuanlly bin Asmari. Perkongsian tersebut memberi fokus kepada pendedahan mengenai isu-isu kebankrapan serta peranan dan fungsi utama MdI kepada kira-kira 60 orang peserta yang hadir.
​Bagi memantapkan lagi pengisian program, MdI turut membuka reruai khidmat nasihat yang dikendalikan oleh Encik Mohd Fadhli bin Mohd Adzmi dan Puan Favia Jupirin. Melalui inisiatif ini, para peserta berpeluang mendapatkan maklumat lanjut dan konsultasi secara langsung daripada Pegawai MdI .
Â