Galeri Foto
Photo Gallery
CERAMAH KESEDARAN & PENDEDAHAN: “MEMAHAMI PROSES LIKUIDASI – APA YANG BERLAKU SELEPAS SESEBUAH ENTITI/PERTUBUHAN DIBATALKAN?”
5 MEI 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Johor telah dijemput sebagai penceramah bagi menyampaikan ceramah bertajuk “Kesedaran & Pendedahan: Memahami Proses Likuidasi – Apa Yang Berlaku Selepas Sesebuah Entiti/Pertubuhan Dibatalkan?” sempena Program Jaringan Kerjasama Strategik Bil. 1 Tahun 2026 anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Johor.
Ceramah telah disampaikan oleh Encik Syawal bin Mohamad Amai, Pegawai Insolvensi MdI Johor kepada peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa pertubuhan yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran pertubuhan masing-masing.
Program ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan proses likuidasi, pematuhan undang-undang serta implikasi pembatalan sesebuah pertubuhan agar peserta lebih memahami tatacara pengurusan entiti secara teratur dan berkesan.

