Galeri Foto
Photo Gallery
SESI LIBAT URUS MDI NEGERI SEMBILAN BERSAMA PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI SEMBILAN
5 MEI 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Sembilan telah mengadakan satu sesi kunjungan hormat dan libat urus bersama Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan bagi memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua agensi.
Delegasi MdI Negeri Sembilan diketuai oleh Pengarah Insolvensi Negeri, Encik Mohammad Fauzan bin Zamri bersama pegawai daripada Unit Likuidasi, Unit Penyiasatan dan Penguatkuasaan serta Unit Kebankrapan.
Sesi libat urus ini memberi fokus kepada perkongsian maklumat berkaitan pentadbiran kes kebankrapan, peningkatan keberkesanan proses penyiasatan dan penguatkuasaan serta perbincangan isu-isu berkaitan kertas siasatan di bawah Akta Insolvensi 1967 [Akta 360].
Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan mekanisme koordinasi antara agensi bagi memastikan tindakan yang lebih cekap, bersepadu dan selaras dengan peruntukan undang-undang semasa.

