Galeri Foto

Photo Gallery

LAWATAN TAPAK DAN PERBINCANGAN PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA

22 MEI 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan lawatan tapak dan sesi perbincangan Program Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Kebangsaan Felda Air Tawar 4 pada 22 Mei 2026.
Lawatan tersebut diketuai oleh YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi.
Sesi perbincangan memberi fokus kepada cadangan projek menaik taraf sumber digital sekolah melalui penyediaan peralatan digital seperti TV pintar, papan pintar digital, skrin LED dan peralatan studio sekolah bagi menyokong keperluan pembelajaran semasa.
Turut dibincangkan cadangan sekolah untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada aspek digitalisasi di bawah pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI 2026.
Inisiatif ini diharap dapat membantu meningkatkan kemudahan pembelajaran digital serta memberi manfaat kepada warga sekolah selaras dengan keperluan pendidikan masa kini.
Â