Galeri Foto
Photo Gallery
SIRI JELAJAH PENGERANG INSOLVENSI NEGERI JOHOR : CERAMAH KEBANKRAPAN DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM
22 MEI 2026
Program Jelajah Pengerang diteruskan dengan penganjuran sesi ceramah kesedaran kebankrapan kepada penjawat awam yang melibatkan warga sekolah dan agensi kerajaan di kawasan Parlimen Pengerang. Bagi siri kali ini, Sekolah Kebangsaan (Felda) Air Tawar 4 telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan program.
Sesi ceramah telah disertai oleh tenaga pengajar dan warga sekolah, serta menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan kewangan yang berhemah, implikasi kebankrapan serta peranan Jabatan Insolvensi Malaysia dalam membantu masyarakat.
Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Sekolah Kebangsaan (Felda) Air Tawar 4, khususnya Guru Besar, Encik Mohd Sharmimi bin Mohd Sharif dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Rafidah binti Sariat, atas kerjasama dan kesudian menerima kunjungan wakil jabatan dalam menjayakan program ini.

