Galeri Foto
Photo Gallery
JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) DAN GOVERNMENT-INDUSTRY TVET COORDINATION BODY (GITC) METERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN BAGI MEMPERKASA DASAR PELUANG KEDUA
6 JUN 2026
Putrajaya, 6 Jun 2026 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Government-Industry TVET Coordination Body (GITC) bagi memperluas akses Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada individu yang sedang melalui proses kebankrapan serta mereka yang telah mendapat pelepasan.
Sesi pertukaran MoU tersebut melibatkan YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi dan Tan Sri Dato’ Soh Thian Lai, Pengerusi GITC, bersempena Majlis Pelancaran GITC TVET Placement Centre (GTPC) yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET).
Melalui kerjasama ini, MdI akan mengenal pasti individu yang layak di bawah Dasar Peluang Kedua untuk mengikuti program TVET yang bersesuaian, manakala GITC akan menyediakan latihan kemahiran, penilaian kompetensi serta akses kepada peluang pekerjaan dan keusahawanan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen MdI dalam membantu individu membina semula kehidupan melalui peningkatan kemahiran dan kebolehpasaran, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk melahirkan masyarakat yang berdaya tahan dan berkemahiran tinggi.
Â

