Galeri Foto
Photo Gallery
SESI KUNJUNGAN HORMAT DAN LIBAT URUS ANTARA JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA NEGERI JOHOR DAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) NEGERI JOHOR
15 JUN 2026
Kunjungan hormat dan sesi libat urus antara Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Johor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor telah diadakan bagi mengukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua agensi serta membincangkan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan bersama.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk perkongsian maklumat berkaitan pentadbiran kes kebankrapan, usaha meningkatkan keberkesanan proses penyiasatan dan penguatkuasaan, serta memudah cara urusan yang melibatkan penjawat awam. Sesi ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam aspek penyelarasan antara agensi.
Melalui pertemuan ini, kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama secara erat bagi memastikan urusan yang melibatkan kedua-dua agensi dapat dilaksanakan dengan lebih lancar, sekali gus meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Â

