Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT DAN SESI PERBINCANGAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA KE KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

3 JULAI 2026

3 Julai 2026 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi perbincangan bersama YBrs. Tuan Peguam Cara Perbendaharaan, Kamal Azira bin Hassan di Bahagian Undang-Undang, Kementerian Kewangan Malaysia.
Delegasi MdI diketuai oleh Tuan Nik Syahril bin Nik Ab Rahman, Pengarah Insolvensi Bahagian Dasar dan Perundangan, bersama pegawai-pegawai kanan MdI. Sesi tersebut menjadi platform bagi membincangkan aspek perundangan, tadbir urus dan tatacara pelaksanaan berkaitan inisiatif jabatan, termasuk pengurusan Insolvency Assistance Fund di bawah bidang kuasa Ketua Pengarah Insolvensi sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 77A Akta Insolvensi 1967 [Akta 360].
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan MdI dalam menjalin kerjasama yang erat dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan setiap inisiatif jabatan dilaksanakan secara teratur, telus dan selaras dengan peruntukan undang-undang serta amalan tadbir urus yang baik.
Â