Galeri Foto

Photo Gallery

CERAMAH KESEDARAN KEBANKRAPAN KEPADA WARGA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM) CAWANGAN NEGERI KEDAH

3 JULAI 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Kedah telah mengadakan ceramah bertajuk Amaran Awal Jangan Sampai Bankrap kepada warga Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Kedah bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu kebankrapan dan kepentingan pengurusan kewangan yang berhemah.
Ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Insolvensi Kanan II, Puan Zuriati binti Seman itu turut memberi pendedahan mengenai faktor-faktor yang boleh membawa kepada masalah kewangan serta langkah-langkah pengurusan kewangan yang lebih sistematik bagi membantu peserta membuat perancangan kewangan dengan lebih baik.
Program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman peserta mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang bijak serta menggalakkan amalan kewangan yang lebih bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.