Galeri Foto

Photo Gallery

MDI TAWAU DEKATI MASYARAKAT SEMPENA REGATTA LEPA 2026 DI SEMPORNA

3 JULAI 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Tawau telah menyertai Regatta Lepa 2026 melalui pembukaan reruai perkhidmatan bagi mendekati masyarakat serta memberi penerangan mengenai fungsi, peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan.
Sepanjang program berlangsung, orang ramai berpeluang mendapatkan khidmat nasihat berkaitan kebankrapan dan penggulungan syarikat, di samping membuat semakan status kebankrapan serta status penggulungan syarikat secara percuma. Penyertaan ini turut menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkhidmatan MdI dan mendapatkan maklumat secara terus daripada pegawai jabatan.
Jabatan Insolvensi Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ketua Cawangan Tawau, Puan Fatin Hanani binti Parmin, serta seluruh petugas yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung. Dedikasi yang ditunjukkan telah menyumbang kepada kelancaran penyertaan MdI serta penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat.
Â