Galeri Foto
Photo Gallery
PROGRAM BICARA INTEGRITI JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) NEGERI SELANGOR
3 JULAI 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Selangor telah menganjurkan Program Bicara Integriti sebagai usaha memperkukuh pembudayaan integriti, akauntabiliti dan profesionalisme dalam kalangan warga jabatan.
Program dimulakan dengan sesi perkongsian bertajuk Membudayakan “AA” dalam Amalan Korporat Jabatan Insolvensi Malaysia yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Che Sukri bin Che Mat, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan. Turut diadakan aktiviti interaktif bagi menggalakkan penyertaan dan penglibatan peserta sepanjang program.
Peserta turut mengikuti ceramah pengurusan kewangan yang disampaikan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat, diikuti sesi Bicara Integriti yang disampaikan oleh Tuan Mohd Sufian bin Hasan, Ketua Unit Integriti, yang menekankan kepentingan integriti, akauntabiliti dan pematuhan dalam melaksanakan tugas.
Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran warga MdI terhadap kepentingan integriti serta menyemai budaya kerja yang beretika, telus dan bertanggungjawab dalam penyampaian perkhidmatan.

