Galeri Foto

Photo Gallery

SESI KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM) KE JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI)

13 JULAI 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) pada 13 Julai 2026 di Ibu Pejabat MdI, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Putrajaya.
Sesi tersebut dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Abu Bakar bin Manat, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi. Pertemuan ini menjadi ruang untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan serta membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang tugas masing-masing.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk perkembangan semasa berkaitan pengurusan insolvensi, trend tekanan kewangan serta peluang kerjasama dalam aspek kesedaran kewangan, perkongsian maklumat dan penyelarasan dasar yang berkepentingan.
MdI merakamkan penghargaan kepada pihak PIDM atas kesudian mengadakan kunjungan hormat ini. Diharapkan jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi akan terus diperkukuhkan demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat.
Â