Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT MDI NEGERI SABAH KE JABATAN PEGUAM NEGARA NEGERI SABAH
16 JULAI 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Sabah telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi perbincangan bersama YBrs. Puan Naziah Binti Mokhtar, Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah di Pejabat Jabatan Peguam Negara Negeri Sabah.
Delegasi MdI Sabah diketuai oleh YBrs. Puan Stephanie Sherron Abbie, Pengarah Insolvensi Negeri Sabah, bersama pegawai-pegawai Insolvensi MdI Sabah.
Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada aspek perundangan berkaitan prosedur penguatkuasaan Akta Insolvensi, khususnya melibatkan permohonan Perintah untuk Menyiasat yang berada di bawah bidang kuasa Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Pertemuan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak dalam melancarkan urusan berkaitan tindakan penguatkuasaan.
Â

