Galeri Foto

Photo Gallery

BENGKEL ASAS SIASATAN TINGKAT KOMPETENSI PEGAWAI PENYIASAT MDI

20 JULAI 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah menganjurkan Bengkel Asas Siasatan bagi Pegawai Penyiasat sebagai usaha meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi pegawai dalam melaksanakan tugas penyiasatan secara profesional, sistematik dan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Bengkel yang disertai seramai 46 Pegawai Penyiasat dari Ibu Pejabat dan cawangan ini memberi pendedahan mengenai prinsip asas penyiasatan, teknik pengumpulan dan pengendalian keterangan, temu bual serta rakaman percakapan, penyediaan kertas siasatan dan pengesanan aset dalam pengendalian kes-kes kebankrapan.
Penganjuran bengkel ini turut bertujuan menyeragamkan amalan serta prosedur kerja penyiasatan, di samping meningkatkan kefahaman pegawai terhadap Akta Insolvensi 1967 dan perundangan berkaitan.
Inisiatif ini diharap dapat melahirkan pegawai penyiasat yang kompeten, berintegriti dan berupaya mengendalikan siasatan dengan lebih berkesan bagi menyokong pelaksanaan fungsi penguatkuasaan Jabatan.