Galeri Foto

Photo Gallery

MDI SANDAKAN ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN PENDAKWA RAYA, CAWANGAN SANDAKAN

20 JULAI 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Sandakan telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi libat urus bersama Timbalan Pendakwa Raya, Cawangan Sandakan yang diketuai oleh Puan Angelina Evita Moigol, Penolong Pengarah Insolvensi Negeri Sabah, Cawangan Sandakan.
Sesi tersebut bertujuan membincangkan perkara berkaitan pentadbiran kes kebankrapan dan penggulungan syarikat, termasuk pengendalian kes-kes penyiasatan yang melibatkan pembukaan Kertas Siasatan serta Order to Investigation (OTI). Perbincangan turut merangkumi perkongsian pandangan mengenai isu semasa berkaitan Akta Insolvensi 2017 dan usaha meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan.
Kunjungan ini diharap dapat meneruskan kerjasama yang baik antara kedua-dua agensi dalam memastikan pengurusan kes serta pelaksanaan tugas dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.